RUMAHKU SYURGAKU ITULAH YANG SELALU KITA IMPIKAN.
-Pada zaman yang semakin moden ini kita boleh membina pelbagai bentuk rumah dan hiasannya mengikut kreativiti masing-masing.
JENIS RUANG:
–Terdapat tiga jenis ruang dalam sesebuah rumah itu iaitu :
*Ruang sosial
*Ruang kerja
*Ruang persendirian
1.Ruang sosial
-Ruang tamu iaitu tempat melayan tetamu,dan berkumpul bersama ahli keluarga
-.Ruang istirehat iaitu untuk keluarga berehat dan berinteraksi secara informal
-Juga tempat untuk menonton televisyen ,mendengar radio atau karaoke
-Ruang makan iaitu tempat menjamu selera.
2.Ruang kerja.
-Ruang dapur iaitu penyediaan,memasak dan menyaji makanan
-Turut kerja menyenggara bahan makanan,peralatan memasak dan menghidang.
-Ruang mendobi iaitu temapt membasuh dan mengering pakaian
-Menyeterika pakaian.
-Garaj/stor iaitu tempat menyimpan peralatan dan bahan
-Kerja membaik pulih.
-Bilik bacaan iaitu tempat membaca,membuat aktiviti penulisan dan beribadah.
-Bilik tidur iaitu tempat berehat,memakai baju juga beribadah.
-Bilik air dan tandas.
ERGONOMIK
-Kajian yang menghubungkaitkan manusia dengan persekitaran tempat kerja dan tempa kediaman.
*Melibatkanmereka bentuk perabot dan peralatan untuk memelihara keselamatan,kesihatan dan keselesaan.
*Membantu menentukan pencapaian keupayaan maksimum manusia bekerja.
PRINSIP MENYUSUN ATUR PERABOT DAN KELENGKAPAN.
*Saiz perabot dan kelengkapan tidak terlalu besar untuk saiz ruang atau bilik.
*Perabot atau kelengkapan perlu sesuai dengan saiz ruang atau bilik.
*Bilangan perabot dan kelengkapan sesuai dengan saiz ruang.
*Warna perabot perlu harmoni dengan warna ruang.
*Alat hiasan pada dinding tidak perlu terlalu besar atau berat.
*Elakkan daripada meletakkan gubahan bunga atau hiasan yang tinggi di tengah meja kerana mengganggu perbualan
*Apabila menyusun atur perabot pencahayaan perlu juga diberi perhatian.
Leave a comment