RAMA-RAMA DI ATAS TERBANG DENGAN CANTIK DAN KELIHATAN BERWARNA – WARNI DAN BEGITULAH PAKAIAN- PAKAIAN DAN FABRIK YANG DIHASILKAN DARI FABRIK TANPA TENUN,SEMUANYA AKAN KELIHATAN CANTIK DIPANDANG.. >_<
Pengenalan
Fabrik ini dibina terus daripada gentian.Cara menyusun gentian ini ialah dengan gentian disusun rapat dan dilekatkan antara satu sama lain dengan menggunakan haba,kelembapan,tekanan atau bahan perekat juga boleh digunakan.
Terdapat dua jenis fabrik yang dihasilkan melalui kaedah ini iaitu :
1.Fabrik terikat
2.Fabrik felt
1.Fabrik felt
-Cara fabrik ini dihasilkan,pertama gentian akan disusun ke dalam bekas dahulu kemudian diberi tindakan bahan kimia atau dijalin bersama-sama melalui proses mekanikal
–Gentian kapas atau rayon akan menghasilkan fabrik yang tinggi daya serap.
-Ciri-ciri fabrik ini pula ialah kuat dan teguh jika ia dihasilkan dari yarn filamen atau staple.
–Tinggi daya serap jika dibuat daripada gentian kapas dan rayon.
–Lembut berbanding fabrik felt.
2.Fabrik felt
-Dihasilkan daripada gentian benang sayat.
–Benang sayat akan disusun terlebih dahulu sehingga ketebalan yang dikehendaki.
-Kemudain dengan haba dan kelembapan,kepingan sayat akan ditekan kuat.
–Hasilnya ia tercantum dan menjadi sekeping fabrik.
-Ciri-ciri fabrik ini :
1.Tepinya tidak berjerumbai.
2.Kaku dan bentuknya tidak berubah disebabkan tiada yarn.
3.Kurang kukuh.
4.Permukaan yang kasar.
5.Tidak mempunyai tepi kain.
SEKIAN TERIMA KASIH DARIPADA SAYA CIKGU FIQAH.
SENYUM SELALU!…ILMU ITU UNTUK SEMUA=)
terima kasih atas perkongsian ilmu, Semoga yang baik itu dibalas baik dari Allah, insyallah. TQVM
you’re welcome.tapi hanya sikit-sikit aje ilmu yg dapat dikongsikan ini..maaf jika tak dapat beri yang lebih detail.. by the way tqvm atas comment yg membina..=)