Pengenalan
Mengait dilakukan dengan mencangkuk gelung benang antara satu sama lain sacara berangkai.Proses mengait fabrik ini boleh dilakukan secara manual menggunakan dua batang jarum.Dalam industri tekstil,proses ini dilakukan oleh mesin.Fabrik kait juga mempunyai benang memanjang yang dinamakan gelung tegak (wales) dan benanf melintang dinamakan gelung lintang (course)
Terdapat dua kaedah yang digunakan dalam proses pembinaan fabrik kait iaitu kait lungsin dan kait pakan.
1.Kait lungsin
-Terbina dengan satu benang atau satu benang yang dikait secara menegak.
-Ciri-ciri fabrik ialah ringan,kurang mengikut bentuk badan,daya menyerap kelembapan yang baik,permukaan fabrik keras dan hanya dihasilkan dalm bentuk fabrik.
-Contoh fabrik ialah net dan tricot.
2.Kait pakan
-Terbina hanya dengan satu yarn ataupun satu set benang yang dikait secara melintang.
-Setiap satu set itu mempunyai jarum yang tersendiri.
-Dihasilkan secara manual ataupun mesin.
-Ciri-ciri : ringan dan sederhana berat,mengikut bentuk badan,baik dalm penyerapan,permukaan fabrik yang lembut dan gebu serta mudah untuk berubah bentuk.
-Contoh fabrik ialah : Terry,velour dan fleece
SEYUM SELALU…ILMU ITU UNTUK SEMUA.=)
Leave a comment